Pages

Wednesday, December 28, 2011

MISTERI! KILAT ABADI DI VENEZUELA

MISTERI! KILAT ABADI DI VENEZUELA

Misteri ”Relámpago del Catatumbo” (kilat Catatumbo) adalah satu fenomena yang unik semula jadi di dunia. Terletak di muara sungai Catatumbo di Lake Maracaibo (Venezuela) fenomena kilat awan ke awan yang membentuk voltan elektrik melebihi 5 kilometer tinggi pada 140 hingga 160 malam setahun, 10 jam semalam, dan sebanyak 280 kali sejam.

Ribut ini berlaku hampir kekal di sepanjang paya di mana Sungai Catatumbo masuk ke Lake Maracaibo dan ia dianggap penjana terbesar ozon tunggal di planet ini, berdasarkan keamatan aruhan elektrik awan ke awan dan kekerapan yang sangat besar.

Kawasan itu dilihat kira-kira 1,176,000 nyahcas elektrik setahun, dengan keamatan sehingga 400,000 ampere, dan boleh dilihat sehingga 400 km jauhnya. Ini adalah sebab mengapa ribut juga dikenali sebagai Beacon Maracaibo dimana cahayanya telah digunakan untuk pelayaran oleh kapal-kapal di masa dahulu.

Perlanggaran dengan angin yang datang dari Pergunungan Andes menyebabkan ribut dan kilat , disebabkan oleh nyahcas elektrik melalui gas terion, khususnya metana yang dicipta oleh penguraian bahan organik dalam paya. Menjadi lebih ringan daripada udara, gas naik keawan, memberi tindak balas ribut.

Beberapa pencinta alam sekitar tempatan berharap untuk menjadikan kawasan itu di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah suatu fenomena yang luar biasa, sumber terbesar dari jenisnya untuk regenerasi lapisan ozon planet.

Tuesday, December 27, 2011

Misteri Kaabah Menggegarkan NASA

kabah Misteri Kaabah Menggegarkan NASA

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”

f 1m 41f5762 Misteri Kaabah Menggegarkan NASA
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

makah Misteri Kaabah Menggegarkan NASA
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan ia berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berhujung). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

magnet bumi Misteri Kaabah Menggegarkan NASA

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

hajar aswad3 Misteri Kaabah Menggegarkan NASA

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak museum juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam”

Monday, December 26, 2011

Lina Joy Menang, Apa Ini ?

" Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. Mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa.... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah... amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'...

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Powered By Blogger

About Me

My photo
I am study at Sultan Yussuf School.i like to meet my friend.

Search This Blog