Pages

Tuesday, August 10, 2010

Bercuti ke Pulau Pinang

Pada tarikh 1 januari 2008, aku pergi ke P.Pinang untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaraku yang berada di P.Pinang. Aku dan keluargaku bergembira sambil menikmati pemandangan di P.Pinang. Menyeberangi lautan melalui jambatan P.Pinang. Aku dan keluargaku bergambar sebagai kenang-kenangan untuk mengingati peristiwa tersebut.Setelah sampai di sana, aku makan di dalam dewan yang berhawa dingin, makanan yang disediakan sungguh enak. Aku rasa itulah aktiviti yang sesuai untuk pembukaan awal tahun 2008. Aku harap, aku dapat sekali lagi pergi kesana untuk menikmati suasana P.Pinang yang nian indah...

Esok Puasa

Orang Islam pasti akan menyambut Ramadan Al-Mubarak. Pada bulan ogos ini kita menahan lapar dari subuh hingga waktu maghrib. Bukan sahaja menahan lapar, tetapi menahan amarah, menjaga tingkah laku, menahan nafsu, dan berbuat baik sesama insan. Oleh itu saya menyeru kepada semua umat Islam termasuk diri saya sendiri untuk menjalani ibadat puasa dengan sempurna. Akhir kata, selamat menyambut Ramadan dengan rasa gembira dan tenang.

Hari Kokoria Di SMK Sultan Yussuf

Pada 7 ogos 2010, SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah telah menganjurkan Kokoria. Banyak gerai yang turut menjual barang. Antaranya DVD/CD Game, makanan, hiasan, minuman dan lain-lain. Lebih seronok lagi, ada persembahan daripada SYS Cadet Band, banyak lagu yang dimainkan, ada juga guru yang membuat persembahan dengan menyanyi. Kami sebagai warga Yussufian amat berbangga dengan sekolah kami
Powered By Blogger

About Me

My photo
I am study at Sultan Yussuf School.i like to meet my friend.

Search This Blog