Pages

Thursday, May 26, 2011

Sejarah SMK Sultan Yussuf


Sejarah sekolah ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap.Tahap pertama bermula dari tahun 1907-1910 sebagai sekolah kecil swasta.Tahap kedua selama 41 tahun dari tahun 1910 hingga Oktober 1951.Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Government English School Batu Gajah.Tahap ketiga dari tahun 1951 hingga kini apabila sekolah ini dikenali sebagai sekolah Sultan Yussuf, Batu Gajah Perak .Sekolah Menengah Sultan Yussuf adalah sekolah Inggeris yang pertama diasaskan di Batu Gajah Perak. Sekolah ini dahulunya di kenali sebagai government English School Batu Gajah telah diasaskan pada tahun 1907. Pengasasnya merupakan seorang hartawan berasal dari Karikal, India bernama K.Malaiperumal Pillay. Beliau dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1807. pada tahun 1889, ketika berusia 19 tahun beliau berhijrah ke Tanah Melayu bertujuan untuk mencari rezeki dan mengubah nasibnya. Hasil kegigihannya berusaha,beliau akhirnya menjadi seorang kontrator pembinaan dan peladang yang berjaya. K.Malaiperumal Pillay hartawan yang terkenal di perak
Walaupun K.Malaiperumal Pillay hanya mendapat pendidikan rendah sekolah Tamil di India, Beliau mempunyai kesedaran tentang kepentingan plajaran terutamanya pendidikan Inggeris.Beliau percaya pendidikan Inggeris mampu menigkatkan taraf hidup seseorang. Atas kesedaran tersebut, beliau mengambil inisiatif menubuhkan English School di Batu Gajah, Perak. Pada peringkat awal, kelas pertama English School, Batu Gajah dijalankan di rumah K. Malaiperumal Pillay. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah untuk meyakinkan ibu bapa di sekitar Batu Gajah agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.beliau terpaksa pergi dari rumah ke rumah memujuk ibu bapa menyekolahkan anak-anak mereka ke sekolah ini. Hasilnya beliau berjaya mendapat seramai kira-kira 30 orang murid bagi memulakan kelas pertama English School, Batu Gajah. Segala perbelanjaan persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh K. Malaiperumal Pillay. Khidmat tiga orang dari Taiping diambil oleh K. Malaiperumal Pillay. Mereka ialah K. Mudalir, S. Rajaratnam dan Krishnan Iyer. K. Mudalir diberi penghormatan menjadi Guru Besar pertama English School, Batu Gajah. Gaji ketiga-tiga guru tersebut dibiayai oleh K. Malaiperumal Pillay. Pada peringkat awal, kelas hanya sehingga Darjah Tiga sahaja.
Pada tahun 1908, K. Malaiperumal Pillay mengambil keputusan untuk memindahkan sekolah ini ke tapak yang baru. Beliau berbuat demikian untuk memberi keselesaan pembelajaran kepada murid. Tapak baru English School, Batu Gajah (kini tapak SK Toh Indera Wangsa Ahmad) terletak tidak jauh dari rumah K. Malaiperumal Pillay. Pihak bekuasa penjara Batu Gajah bermurah hati menyumbangkan papan serta kayu dari bangunan lama pnjara. Pembinaan sekolah dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan. Pada tahun 1908, M.C Champion dilantik sebagai Guru Besar menggantikan K. Mudalir. Bilangan murid juga bertambah kepada lebih 40 orang. Selaras dengan pertambahan murid, kelas yang ada juga ditambah . kini English School, Batu Gajah mmpunyai kelas sehingga Darjah Empat. Menjelang tahun 1910, bilangan murid-murid terus meningkat kepada 80 orang.
Selama tiga tahun segala kos pentadbiran sekolah dibiayai sepenuhnya oleh K. Malaiperumal Pillay. Namun pertambahan bilangan murid serta kakitangan sekolah memaksa beliau mengambil keputusan menyerahkan pentadbiran English School, Batu Gajah kepada pihak kerajaan British. Pada 4 Ogos 1910, secara rasminya pentadbiran sekolah ini diserahkan kepada pihak kerajaan. Tindakan diambil oleh K. Malaiperumal Pillay jelas menunjukan niat ikhlasnya untuk melihat sekolah ini terus berkmbang maju. Serentak dengan proses pengambilalihan tersebut, nama sekolah ditukarkan kepada Government English School (G.E.S) Batu Gajah.

Beberapa perubahan didalam pentadbiran sekolah dilakukan. J.R.D Oliviero dari Ipoh yang dilantik sebagai Guru Besar yang baru menggantikan M.C. Champion. Beliau dibantu oleh Gopal Singh. Pada tahun 1913, J.R.D Oliveiro ditukarkan ke Sekolah Anderson, Ipoh.tempat beliau diambil alih Oleh Gopal Singh yang menyandang jawatan Guru Besar sehingga tahun 1914. Jawatan Guru Besar seterusnya disandang oleh W.D.A Rabel yang menerajui kepimpinan sekolah selama 13 tahun sehingga bersara pada tahun 1926, G.E.S Batu Gajah masih mnawarkan pelajaran sehingga Darjah Empat.
Tuan Syed Shaidali mengambilalih tugas Guru Besar pada ahun 1927 berikutan pesaraan W.D.A Rabel. Beliau merupakan seorang Kapten didalam pasukan Volunteer Force. Jumlah murid ketika itu adalah seramai 200 orang dan tenaga pengajar pula seramai tujuh orang. Usaha pertama yang dilkukan oleh beliau ialah mningkatkan taraf sekolah dengan mendapat kerjasama daripada pihak Lembaga Sekolah. Pada tahun 1927, taraf pendidikan G.E.S Batu Gajah ditingkatkan hingga ke Darjah Tujuh. Pada tahun berikutnya, ditingkatkan lagi sehingga ke Darjah Lapan (Junior Cambridge). Sekaligus bermakna G.E.S Batu Gajah kini bertaraf sebuah sekolah Menengah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan Syed Shaidali, G.E.S Batu Gajah mencapai kemajuan yang pesat. Perubahan dalam kurikulum dan kokurikulum dilaksanakan. Sukatan pelajaran setiap darjah disusun semula supaya selaras dengan sukatan sekolah Inggeris yang lain. Sukatanketika itu menunjukkan cirri-ciri Inggeris. Mata pelajaran agama Islam tidak dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran. Murid-murid Islam mengikutipelajaran agama Islam yang diajar oleh guru-guru dikampung pada waktu petang. Pada tahun 1929, Special Malay Class telah dibuku untuk memberi peluang kepada murid-murid dari Sekolah Melayu, Batu Gajah memasuki sekolah ini. Pemilihan dilakukan melalui peperiksaaniatu sesudah empat tahun murid-murid mengikuti pendidikan dasar di Sekolah Melayu. Latihan intensif Bahasa Inggeris diberikan selama dua tahun kepada murid-murid yang mengikuti Special Malay Class. Mereka kemudiannya akan dimasukkan ke Darjah Empat atau Darjah Lima.
Aktiviti kokurikulum turut mengalami perubahan dengan penubuhan Persatuan Geografi, Perbahasan dan Muzik. Pasukan Pancaragam Sekolah diasaskan pada tahun 1931 hasil usaha gigih R.Myram, pengurus Robinson Piano Company, Ipoh. Pasukan pancaragam ini merupakan pasukan pancaragam sekolah yang pertama ditubuhkan di Perak. Majalah sekolah “The Gajah” dilancarkan secara rasmi pada tahun 1931. serentak dengan itu, motto sekolah ‘Much In Little’ diperkenalkan. Ia membawa pengertian “biarpun sekolah ini merupakan sekolah yang kecil dan serba kekurangan, namun mutu pelajarannya tetap tinggi”.
Pasukan Pengangkap skolah diasaskan oleh Encik Mongal Singh dan Encik Navaratnam pada 13 Januari1925 dengan penubuhan pasukan First Troop, Batu Gajah. Pasukan Second Troop, Batu Gajah pula ditubuhkan pada 1 Mac1929. Pasukan pengangkap pada tahun 1930an dianggap pasukan pengangkap terbaik yang pernah dilahirkan oleh G.E.S Batu Gajah. Hasil bimbingan oleh Encik Mongal Sing, Encik Navaratnam,Encik H.R Herslet dan John L.Woods, pasukan First Troop telah memenngi Piala Latham iaitu sempena pertandingan memberi Isyarat antara psukan pengangkap sekolah-sekolh Inggeris di Perak. Pasukan Second Troop pula memenangi piala Sultan Sheild pada tahun 1931,1937 dan 1939. Ia merupakan pertandingan untuk memilih pasukan pengangkap di Perak.
Tuan Syed Shaidali bertanggungjawab memperkenalkan sistem “Rumah”. Empat buah rumah sukan diperkenalkan iaitu Rumah Shidali (Hijau), Rumah Kier (Merah), Rumah Head (Biru) dan Rumah Sultan (Kuning). Sejak diperkenalkan, sukan tahunan G.E.S Batu Gajah semakin meriah dan menjadi tumpuan setempat.
Pencapaian akademik sekolah ini turut boleh dibanggakan. Pada tahun 1929, kumpulan pertama seramai 11 orang plajar G.E.S Batu Gajah menduduki peperiksaan Junior Cambridge tetapi Cuma 3 orang sahaja lulus. Namun pada tahun 1931, seramai12 orang dari[ada 16 orang pelajar yang menduduki peperiksaan Junior Cambridge telah lulus. Pada tahun 1932, kumpulan pertama seramai 12 orang murid sekolah ini menduduki peperiksaan Senior Cambridge. Mereka diletakkan di bawah bimbingan G.S Mathews yang mengajar bahasa Inggeris dan Sastera Inggeris. Mata pelajaran Sejarah diajar oleh A.K Sabapathy, Ilmu Alam oleh Thong Tet Hin dan Ilmu Hisab oleh S. Sabaratnam. Sejarah tercipta apabila 9 daripapada 12 orang murid yang menduduki Peperiksaan Senior Cambridge tersebut lulus. Sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua, ramai daripada pelajar sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Raffles College dan Colleg Of Medicine di Singapura.
Apabila British mengku kalah kepada Jepun pada 15 Febuari 1942, bermulalah era baru dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Pentadbiran Jepun mengamalkan dasar pengharaman pelajaran Inggeri di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar pelajaran pihak Jepun, G.E.S Batu Gajah dijadikan sebuah sekolah Bahasa Jepun atau Nippon-go. Kurikulum pada ketika itu meliputi pengajaran Bahasa Jepun, nyanyian lagu patriotik negara Jepun ddn latihan jasmani atau Taiso dan pekebunan. Pendudukan Jepun mengakibatkan banyak peralatan G.E.S Batu Gajah musnah. Perbuatan mencuri oleh tentera Jepun berlaku secara berleluasa. Pihak Jepun telah merampas peralatan dan barangan yang berharga termasuklah papan tanda diperbuat daripada tembaga yang mencatatkan nama K. Malaiperumal Pillay sebagai pengasas sekolah. Fail-fail penting sekolah dibakar oleh tentera Jepun.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, G.E.S Batu Gajah dibuka secara rasmi pada 1 Oktober 1945. Sejak dibuka semula, mslah utama yang dihadapi ialah kekurangan kemudhan asas dan peralatan persekolahan. Ramai murid yang terpaksa duduk di Lantai sewaktu sesi pembelajaran. Kekurangan buku teks merupakan satu lagi masalah yang begitu meruncing. Kekurangan kemudahan pengangkutan turut dihadapi oleh ramai murid dan guru. Pihak British Military Administration telah menyediakan lori dan trak untuk membawa murid-murid yang tinggal di SiPuteh, Papan, Tanjung Tualang dan Lahat.
Akibat perang, ramai murid-murid yang menanguhkan persekolahan mereka. Kesannya, apabila ini dibuka semula pada tahun 1945, ramai murid-murid yang mendaftar diri melebihi had umur yang ditetapkan. Misalnya, ramai murid di Darjah Satu Berumur diantara lapan hingga sembilan tahun. Walaupun pelbagai masalah dihadapi semangat guru-guru dan murid-murid untuk menimba ilmu tidak pernah luntur. Hasil kegigihan dan kecekalan semangat ini terbukti9 apabila ramai pelajar sekolah ini telah lulus cemerlang dalam peperiksaan pada tahun 1946. Pada tahun 1947, tiga daripada 18 biasiswa yang ditawarkanoleh College Of Medicine, Singapura diberikan kepada pelajar G.E.S Batu Gajah.
Tuan Syed Shadali bersara pada bulan Januari 1947 dan digantikan oleh Encik V.Arumukham dari sekolah Clifford,Kuala Kangsar.Beliau memulakan usaha untuk menambahkan kemudahan di sekolah ini. Pada tahun tersebut,pihak kerajaan bersetuju sebuah perpustakaan di G.E.S Batu GajaH. Sebagai permulaan sebanyak 300 buah buku yang diimport dari England dari England diberikan.Sebuah kedai buku juga diwujudkan atas inisiatif seorang guru iaitu Encik Harnam Sigh.Pada tahun 1947,kerajaan meluluskan pembinaan sebuah kantin.Bidang kurikulum turut bertambah maju.Mata pelajaran Sains, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina telah diperkenalkan.G.E.S Old Pupils Association telah diasaskan oleh Encik V.Arumukham di dewan Alma Mater pada 8 November 1947. Encik V.Arumukham bersara pada tahun 1950 dan digantikan oleh Encik Victor Dury dari Government English School, Tapah. Semangat dedikasi dan rasa tanggungjawab beliau telah membawa kemajuan yang pesat pada sekolah. Pertambahan bilangan pelajar selepas tahun 1946 menimbulkan masalah kesesakan di dalam kelas. Jadual di bawah menunjukan pertambahan pelajar dari tahun 1946 hingga 1950.


Tahun Jumlah Pelajar
1946 526
1947 627
1948 707
1949 770
1950 838


Bangunan sedia ada tidak mampu menampung peningkatan jumlah pelajar. Oleh itu, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru di atas tapak seluas tiga ekar yang didermakan oleh keluarga K.Malaiperumal Pillay. Bangunan baru sekolah siap dibina pada tahun 1951. Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Yussuf Izzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah berkenan untuk merasmikan bangunan baru sekolah pada 1 Oktober 1951. Atas cadangan Guru Besar ketika itu, Victor Dury, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Sultan Yussuf bagi memperingati peristiwa bersejarah perasmian bangunan baru oleh Paduka Seri Sultan Perak.
Selaras dengan kemajuan sekolah, jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini turut bertambah. Pada tahun 1953, terdapat seramai 35 orang guru di Sekolah Sultan Yussuf. Pada peringkat awal, sebahagian besar guru di Sekolah Sultan Yussuf mendapat latihan Normal Class. Guru berijazah yang terawal berkhidmat di sekolah ini ialah Encik William Jesudason dan Encik Yong Khee Hong. Kedua-duanya adalah lepasan Raffles College, Singapura.
Pada tahun 1953,sebuah asrama dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar Melayu yang tinggal jauh dari sekolah. Pembinaan asrama sekolah adalah bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar Melayu mendapat pendidikan Inggeris. Kemudahan penginapan di asrama diberi secara percuma. Blok makmal Sains siap dibina pada tahun 1953. Walaupun bangunan baru dibina, namun masalah kesesakan di dalam kelas masih berlaku berikutan pertambahan bilangan pelajar. Keadaan ini memaksa pihak sekolah menyewa sebuah bangunan kepunyaan To’ Amar Sulaiman di Jalan Kelab Kampung Dobi Batu Gajah. Ia digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar sekolah rendah. Encik Victor Dury bersara pada tahun 1954. Beliau diganti oleh Encik Brian Smith yang berkhidmat sebagai Guru Besar baru pada tahun 1955. Pembangunan fizikal sekolah ini terus diusakan oleh beliau. Pada tahun 1955, blok pejabat dan perpustakaan baru dibina. Pada tahun yang sama sekolah Sultan Yussuf menyambut ‘Golden Jublee’.
Ekoran dari laporan Jawatan Kuasa Pendidikan 1956,Sekolah Sultan Yussuf dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Peringkat Rendah dan Peringkat Menengah. Sekolah Peringkat Rendah dikenali sebagai Standard Primary School, Batu Gajah. Guru Besar pertamanya ialah Encik Chin Chee Cheong. Pengetua bagi Sekolah Menengah pula ialah Encik Yoong Khee Hong.Di bawah kepimpinan beliau, sekolah ini terus mengalami pembangunan fizikal. Sebuah makmal Sains dibina pada tahun 1962. Seterusnya pada tahun 1963, sebuah blok terdiri dari tujuh bilik darjah disiapkan. Pada tahun 1964, Encik Khoo Kai Hong mengambilalih jawatan pengetua hingga tahun 1968. Jawatan pengetua seterusnya disandang oleh Encik Foong See Tonn sehingga tahun 1972. Pentadbiran sekolah kemudiannya diterajui oleh Encik Abdul Rahman Yeop sehingga tahun1973. Beliau digantikan oleh Encik Mohammad Che Noh yang berkhidmat sebagai pengetua sehingga penghujung tahun 1974. Encik Shamsudin Bin Jalil telah memengang jawatan tersebut dari tahun1975 hingga 1979. Dalam tempoh tersebut, pembangunan fizikal sekolah dilakukan. Pada tahun 1977, bilik-bilik bengkel Seni Perusahaan siap dibina. Encik Shamsudin Bin Jalil telah digantikan oleh Encik Abdul Rahim Bin Haji Abdul Hakim. Beliau merupakan seorang bekas pelajar sekolah ini.Semasa beliau menjadi pengetua, sebuah asrama pelajar perempuan dibina pada tahun 1983. Pada masa ini, kelas tingkatan enam telah diperkenalkan di SMK Sultan Yussuf.Sebelum kelas tingkatan enam dimulakan,pelajar-pelajar dari kawasan Batu Gajah dan sekitarnya terpaksa menyambung paljaran Tingkatan Enam mereka di Sekolah Anglo Chinese School (ACS), SMK St Michael dan SMK Anderson di Ipoh. Encik Abdul Rahim adalah penulis lirik lagu ‘Pengetahuan Asas Kebahagiaan’ ciptaan Encik Mahzan Manan. Penciptaan lagu sekolah merupakan satu langkah ke arah membentuk identiti sekolah. Pada tahun 1988, SRK Sultan Yussuf telah berpindah ke tapak baru berhampiran SRK St. Bernadette’s Convent, Jalan Pusing, Batu Gajah. Pihak sekolah telah menempatkan pelajar-pelajar kelas tingkatan satu dan dua sesi petang di bangunan yang dikosongkan itu. Encik Abdul Rahim telah bersara pada tahun 1990 dan digantikan oleh Tuan Haji Mohd Zain b Bin Haji Zon.
Tuan Haji Zain Bin Haji Zon adalah merupakan bekas pelajar sekolah ini. Di bawah pentadbiran beliau, pembangunan fizikal sekolah diusahakan. Untuk menampung keperluan pelajar-pelajar sekolah ini yang semakin bertambah, sebuah kantin baru telah dibina pada tahun 1991. Pejabat sekolah diubahsuai menjadi Bilik Diraja. Bilik guru pula dijadikan pejabat pentadbiran sekolah. Tiga buah kelas di blok utama dijadikan bilik guru yang baru. Pihak sekolah telah menerbitkan buku ‘Sejarah Batu Gajah Sepintas Lalu’ sempena sambutan 100 Tahun Batu Gajah. Penerbitan buku tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kira-kira 1000 naskhah buku tersebut berjaya dijual. Tuan Haji Mohd Zain Bin Haji Zon bersara pada bulan Februari 1994 dan diganti oleh Tuan Haji Muhammad Amin B. Alang Endut . Tempoh perkhidmatan beliau di SMK Sultan Yussuf hanya selama 10 bulan . Dalam tempoh yang singkay itu, beliau telah mengusahakan pembinaan tempat letak kereta bertar untuk keselesaan guru-guru. Pada 16 November 1994 , beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak.
Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja,Wan Fadzir bin Haji Wan Hassan mengambilalih jawatan pengetua SMK Sultan Yussuf. Sebelum berkhidmat di SMSY, beliau merupakan pengetua di SMK Derma, Perlis. Beberapa projek pembangunan fizikal sekolah telah dilaksanakan. Antaranya pembinaan asrama putera yang baru, pintu gerbang konkrit, laluan berbumbung dari bangunan asrama puteri ke blok tingkatan 4, pemasangan ‘white board’ di setiap kelas, klerusi dan meja baru di bilik guru , tandas baru untuk guru lelaki dan perempuan dan dua buah rumah warden. Toh Muda bersara pada 25 Ogos 1996.

Tuan Haji YaacobBin Abdul Hamid telah mengambilalih tugas sebagai pengetua SMSY.di bawah kepimpinan beliau, beberapa kemajuan dalam bidng kurikulum dan kokurikulum telah dicapai. Mata pelajaran perkomputeran bagi Tingkatan 6 Rendah diperkenalkan. SMSY telah terpilih antara 15 buah peintis di Malaysia untuk memulakan mata pelajaran Teknologi Maklumat (IT) bagi pelajar Tingkatan 4.pada tahun 1997, buat julung kalinya pasukan bola sepak dan ragbi SMSY telah menyertai pertandingan ‘Premier League’ antara sekolah-sekolah di perak. Pada tahun 1998, penggunaan buku ‘Student Planner’ diperkenalkan kepada semua pelajar. Ia bertujuan untuk memupuk budaya keilmuan di kalangan pelajar. Pada 24 April 1991, Majlis Makan Malam Alumuni SMSY dilangsungkan di dewan sekolah buat pertama kalinya. Sejarah tercipta apabila SMSY dianugerahkan ‘Sekolah Harapan Daerah Kinta’ pada 28 Jun 1999. Tuan Haji Yaacob menamatkan perkhidmatannya di SMSY apabila dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Perak Tengah pada 1 Jun 2000. Kepimpinan sekolah seterusnya diterajui oleh Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar.
Sepanjang tempoh empat tahun beliau bedrkhidmat di sekolah ini, banyak kemudahan asa dan fizikal sekolah disediakan.bilik guru lama, dewan sekolah, Bilik Bestari dinaik taraf dengan pemasangan lantai marmar dan penghawa dingin. Laluan berbumbung dari dewan sekolah hingga ke Pusat Sumberdibina. Bilik Muzik bersebelahan Bilik DiRaja dibina. Ia adalah selaras dengan pengenalan Muzik kepada pelajar tingkatan 1. Peralatan Pasukan Gamelan sekolah berjaya dibeli atas inisiatif Tuan Haji Mohd Radzi. SMSY telah menerima sebuah bas sumbangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan penggerakan pelajar dan guru mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Pada 20 september 2000, Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Teknologi dan Komunikasi Dalam Pendidikan dirasmikan oleh Timbalan menteri Pendidikan, YB Dato Abdul Aziz Bin Samsudin. Serentak dengan majlis tersebut, Bilik Siber SMSY dirasmikan. Bilik Siber tersebut adalah sumbangan daripada bekas pelajar SMSY Iaitu Dato Dr. Jeffrey Cheah. Pada 30 Oktober 2000, Laman Web SMSY telah disempurnakan pelancarannya olehDYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tabung aktiviti dan Projek Direktor Persatuan Murid Tua SMSY telah dilancarkan pada 13 Mei 2001. Galeri Sekolah dirasmikan pada 28 September 2002 oleh Yang Amat Mulia, Raja Dr. Nazrin Shah. Penubuhan Galeri sekolah adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang cintakan warisan dan khazanah sekolah. Tuan Haji Mohd Radzi berkhidmat sebagai pengetua sehingga penghujung tahundan bertukar ke Sekolah Menengah Sains Selangor. Tempat beliau diambilalih oleh Tuan Haji Azmi Bin Ahmad Mulai 4 Febuari 2004.

Di bawah kepimpinan Tuan Haji Azmi Bin Ahmad, SMSY telah berjaya dinaiktaraf sebagai sekolah Premier. Ia dianggap sebagai mercu tanda kejayaan dan meletakkan SMSY sebagai salah sebauah sekolah elit di Perak. Dewan Sekolah yang baru telah dimulakan pembinaannya sejak penghujung 2005 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2007. Tuan Haji Azmi bin Ahmad bersara pada 27 September 2006.

Bekas Guru SMSY Kapten Dr. Haji Ahmad Damanhuri bin Ibrahim diberi kepercayaan menjadi pengetua SMSY mulai 1 Oktober 2006. sebagai seorang yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, beliau amat menitikberatkan pencapaian akademik dan pembentukan sahsiah dikalangan pelajar. Beliau meletakkan keazaman untuk menjayakan visi sekolah ‘SYS Is The Best’. Bermula awal tahun 2007, SMSY terpilih antara 35 buah sekolah di Perak untuk melaksanakan MS ISO 9001:2000. projek perintis untuk mencapai piawaian tersebut dikhususkan kepada pelajar kelas Rancangan Khas. Tahun 2007 dianggap tahun bersejarah kerana pada 4 Ogos 2007, SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah akan merayakan sambutan 100 tahun penubuhannya.

No comments:

Post a Comment

About Me

My Photo
I am study at Sultan Yussuf School.i like to meet my friend.

Search This Blog

Loading...
There was an error in this gadget